Dah beberapa hari gak aku tak tulis dalam blog nie ye. Al-Maklum le asyik duk pg MAHA je hehehe. Aku nak upload lagi gambar tapi gambar2 tue semua dalam laptop lagi satu tak sempat plak nak upload gambar masa aku ambik kat MAHA hari selasa hari tue. Takpe le nanti aku ada masa aku upload gambar2 aku ambik kat MAHA tue. Takpe la aku tak tau nak tulis apa dah nie so nanti kita sambung lagi la ye.....
Wednesday, August 20, 2008
Friday, August 15, 2008
MAHA EXSPO 2008
Ternakan ikan keli nie semua aku pegi saje je nak tau... last2 seronok plak tgk ikan keli nie bila dah byk hehehe. Rasa mcm nak ternak ikan keli plak isk isk isk byk gila nak buat hehehe buat ssatu2 la bang oiiii hehehehe takpe nanti aku cite lagi pasal ikan keli nie hehehe utk pemulaan aku saha nak tau je hehehe. Yang menarikannya gambar yg last sekali nie paip dia bleh tanam pokok plak hehehe pkok cili plak tue hehehehe mcm2 la diorg nak jual benda2 nie hehehe :P
Posted by CSL AGRO FARM at 10:16 PM 0 comments
MAHA EXSPO 2008
Dalam kotak nie ada 1kg cacing. Cacing nie plak diaguna pakai habuk kayu getah je yg di pakai utk tanaman cendawan yg tak digunakan. Dari apa yg diterangkan oleh pemiliknya yg kulat2 dari cendawan nie bagus utk makanan cacing...Ohhhh yeke hehehe. Kira okey la kalau aku nak buat tanaman cendawan kira leh la pakai bongkah2 cendawan yg tak dipakai tue hehehe. Macam hama plak dia kata letak daun pandan lepas tue letak surat khabar basah utk ditekap atas pemukaan baru hama tue boleh kita kurangkan. N lagi satu aku dgr diorg kata pakai daun limau purut je ermmmm cucuk kat 4 buju box utk mengurangkan hama......
Tapi yg paling aku terkejut aku dpt tau harga cacing nie berubah2 ermmmm susah nak kata pasal takda kawalan harga cacing nie... sampai aku dgr harga cacing RM100 ringgit pun ada jgn kena tipu sudah ermmm......
Posted by CSL AGRO FARM at 10:08 PM 0 comments
MAHA EXSPO 2008
Apa yg korang nampak dari gambar2 nie. Aku rasa korang nampak apa yg aku nampakkan hehehe. Sebelum tue aku nak tanya korang berapakah harga liquid cacing utk 1 letre? mesti korang tau harga pasaran sekarang ialah RM15 je kan. Cuba korang tgk harga liquid kat gambar paling atas sekali wow....RM30 tueeeeeee utk 1 litre n 500 ml RM25 isk isk isk gila buat duit cam nie. Tapi packing diorg menarikkan so takleh nak cakap apa le :).
Utk baja plak apa yg aku tau utk 1kg ialah RM4 jeee tapi kat atas nie utk 2kg harga dia RM7 je kira okey la tue :). Tapi utk 500gm harga dia RM3 je oraitttttttttt :)
Posted by CSL AGRO FARM at 9:56 PM 0 comments
MAHA EXSPO 2008
Maklumat nie aku ambil dari gerai AZR hehehe aku curi maklumat nie utk ambil gambar lepas tue aku letak balik kira bukan curi la erkkk hehehehe . Ada sorang staff AZR nie beri penerangan kat aku pasal cacing merah yg diorg bawak nie. Nama dia tak silap aku En.Saleh kot kalau tak salahlah..dia kata ada 2 cara nak ternak cacing nie 1 utk ternak dan lagi satu untuk baja. Dia kata kalau nak ternak sahaja takyah la tukar medium dia kerap.. cuma kasi makan je pun dah ckp kalau setakat nak ternak je. Tapi kalau utk baja plak dia kata kena la selalu tukar pasal nakkan baja tue...n lagi satu dia kata kalau selalu sgt tukar medium dia nanti cacing kurus hehehe agaknya la kot kita dgr je la apa yg OTAI2 nie cakap erkkk....
Posted by CSL AGRO FARM at 9:49 PM 0 comments
MAHA EXSPO 2008
Posted by CSL AGRO FARM at 9:24 PM 0 comments
Tuesday, August 12, 2008
Ternakan Cacing
Posted by CSL AGRO FARM at 10:30 PM 0 comments
Tukar makanan cacing 13/08/08
Masa nie aku baru sampai rumah terus je angkat box cacing sambil angkat baja dia nak tukar dgn makanan baru cacing aku hehehe. Yg nie box no.1 aku yg aku ambik masa mula2 dulu. Skrg aku dah ada 4 box kesemuanya start dari 21/7/08 hari tue. Tak sampai sebulan aku dah ada 4 box sekali gus :).
Ni la cara-cara dia aku ambil baja cacing aku, masa nie aku kena pakai sarung tangan almaklum le taknak tangan kotor hahaha :P. Kita ambik lapisan atas sekali utk pemulaan lepas tue baru kita ambik 1 inchi lagi kebawah :).
Masa nie aku letak baja yg aku ambil keatas kanves utk dijemur dan diratakan. Masa nie pun kena berhati2 kekadang ada gak cacing yg terlepas so kena la check utk pengabisan :). Kadang2 tue pun telur cacing pun banyak dalam nie.... kalau tak kutip rugi ohhhh cacing dah byk dalam nie...
Ni la hasilnya
Ni la hasilnya selepas aku ambik baja ketiga2nya so aku pun jemur la sebelum nak ayak nanti. Kalau basah mcm mana nak ayak kena la jemur dulu tgk betul2 kering baru la boleh ayak :). So sekianlah utk setakat ini lepas nie aku akan upload gambar cacing aku plak TUNGGUUUUUUUUUU hehehe :P
Posted by CSL AGRO FARM at 10:14 PM 0 comments
Sunday, August 10, 2008
Bongkah Cendawan Kelana Jaya
Posted by CSL AGRO FARM at 7:05 PM 0 comments
Saturday, August 9, 2008
Location
Tempat nie la akan aku bina bangsal Cendawan dan Ternakan Cacing aku tak lama lagi.Esok mungkin aku akan balik kampung nak tgk kat mana tempat yg sesuai yg aku akan bina Bangsal Cendawan dan Ternakan cacing aku. Rasa mcm malas je nak balik tapi bila difikirkan pasal projek aku nie aku terpaksa gak balik kampung. Ikutkan esok nenek aku nak ikut sekali ingat ahad kenduri khawin rupa2nya hari sabtu dah terlepas. Takpe la aku balik ahad pun nak tgk tempat yg akan aku bina bangsal nanti. Esok sampai je terus aku akan ambik gambar byk2 tempat yg aku akan buat. Dan aku dgr cerita pak ngah aku pun dah byk dah kumpul abuk kayu nie, tue pasal aku semangat nak balik nie. Nak ambik gambar benda2 yg dah ada utk Cendawan dan ternakan cacing aku tue. So okey la utk malam nie, esok kita sambung lagi bila aku balik dari kampung :).
Posted by CSL AGRO FARM at 5:32 AM 0 comments
Friday, August 8, 2008
My Baby Farah
Ini lah anak kesayang aku hehehe cun nie dah besar nanti :)
Posted by CSL AGRO FARM at 9:36 PM 0 comments
Ternakan Ikan
Posted by CSL AGRO FARM at 9:18 PM 0 comments
Ternakan Cacing Kompos Hari ke-19
Posted by CSL AGRO FARM at 9:11 PM 0 comments
Aku terlupa nak upload
Aku terlupa plak nak upload gambar terkini bongkah cendawan aku hehehehe so far berjalan dgn lancar hahaha. Aku terasa bangga bila nampak cendawan aku dah putih suku dari bongkah tue hehehehe. Tapi aku nak buat kajian gak perbezaan cendawan yg diletak menegak dgn yg megerengkan..... So nie la gambar terkini yg aku letak. So korang tgk dari gambar nie apa yg korang nampak, so far okey tak cendawan aku nie. Asyik tgk cendawan org je nak gak aku tgk hasil dari cendawan tiram aku nie hehehehe akhirnya.
Aku harap-harap berjayalah projek aku nie, supaya pakcik aku dpt kasi modal utk aku bukak bangsal cendawan di Melaka nanti. So okey la aku nak tulis pasal cacing plak hehehe eewwwww gelinyaaa hahahahahaha nak seribu daya taknak seribu dalih hahahaha. Adois amegossss jumpa lagi di episod yg akan dtg hahaha
Posted by CSL AGRO FARM at 8:55 PM 0 comments
Jangkitan Pada Bongkah Cendawan
Ni lah yg dinamakan Jangkitan Cendawan
Ni ialah bongkag yg terkena kulat hijau
Ni ialah bongkah yg terkena ulat-ulat kecik.
Posted by CSL AGRO FARM at 8:39 PM 0 comments
Thursday, August 7, 2008
Info Kesihatan
Assalamuailaikum dan Salam Sejahtera…..Kali ini saya nak memberi serba-sedikit info kepada pelawat blog JnF Agro Enterprise ini. Info yang nak saya sampaikan ini adalah berkaitan dengan cendawan iaitu “khasiat cendawan untuk kesihatan”Ok…cendawan didefinasikan sebagai organ pensporan kulat yang boleh dimakan. Ia mengandungi banyak protein, vitamin dan zat-zat galian seperti Kalium dan Posforus yang penting untuk kesihatan badan.Khasiat cendawan mengikut jenisnya seperti berikut:-
Cendawan Tiram (Kelabu dan Putih) :- Mengawal atur darah, meningkatkan sistem imum badan, merencatkan pertumbuhan tumor, aktioksidan dan aktiviti perlindungan gen.
Cendawan Ling Zhi :- Halang dan rawat kanser, melindungi hati dan merendahkan kandungan kolesterol dalam badan.
Cendawan Bunga Kobis :- Rawat ulser perut, membaiki otot dan merangsang pertumbuhan saraf.
Cendawan Jarum Emas :-Sebagai anti radangan, menghalang kerosakan DNA, menghalang jangkitan kuman dan berfungsi sebagai toksik terhadap sel tumor.
Cendawan Telinga Kera :-Boleh mengurangkan berat badan, antioksidan, merendahkan kolesterol dan mengawal peredaran darah.
Cendawan Butang :-Merencatkan kejadian semula kanser, mengandungi lantinan iaitu ubat antikanser dan meningkatkan sistem imun badan.Itulah kelebihan pengambilan cendawan sebagai pemakanan. Banyak khasiatnya dan baik untuk kesihatan. Kesimpulannya makanlah cendawan banyak-banyak kerana setiap 100 gram berat cendawan yang kita ambil mengandungi 37kcal Tenaga, 89.2% air, 1.8% serat, 4.1% Karbohidrat, 3.6% Protien dan hanya 0.7% lemak.Ok…bagi sesiapa yang tak reti makan cendawan tu, belajar-belajar la makan cendawan.
Posted by CSL AGRO FARM at 10:49 PM 0 comments
Cendawan Komersial - Alah asap dan bau wangi
Dengan kalori yang rendah, tinggi kandungan protein, chitin, zat besi, zink, fiber, vitamin dan mineral tiada siapa yang boleh menafikan kehebatan cendawan.SEJAK lima dekad lalu, organisma kecil seperti kulapuk cendawan, yis dan kulat memberi sumbangan yang besar dalam dunia perubatan.Antibiotik pertama sendiri terdiri daripada ekstrak kulat. Ubat penicillin, tetracylene dan auremycin terhasil daripada kulapuk cendawan.Organisma ini turut digunakan untuk mengkomersialkan produk seperti roti, bir, keju asid organik dan vitamin C.Pil vitamin C yang anda ambil selama ini juga berasal daripada ekstrak sejenis kulapuk cendawan. Ini adalah antara khasiatnya yang tidak diketahui ramai.Cendawan hakikatnya adalah salah satu sumber makanan yang baik untuk kesihatan. Mengapa? Dengan kalori yang rendah, tinggi kandungan protein, chitin, zat besi, zink, fiber, vitamin dan mineral, tiada siapa yang boleh menafikan kehebatan cendawan.CENDAWAN tiram kelabu boleh dipelbagaikan dalam hidangan.Lantaran itu, tidak hairanlah cendawan yang popular dalam kuisin masyarakat Cina kini sudah menghiasi kulinari dunia. Di Malaysia populariti cendawan melonjak kerana permintaannya yang tinggi.Hari ini terdapat pelbagai jenis cendawan di pasaran. Salah satu yang semakin popular ialah cendawan tiram kelabu.Tetapi tahukah anda, cendawan tiram kelabu alah kepada bau-bauan dan asap seperti minyak wangi dan asap rokok kerana ia boleh menjejaskan pertumbuhannya?Malah tanaman tersebut juga memerlukan kelembapan suhu sekitar 28 darjah Celsius pada waktu siang dan 25 hingga 26 darjah Celsius pada waktu malam.Berbeza dengan tumbuhan lain yang memerlukan cahaya matahari yang banyak untuk melakukan proses fotosintesis, cendawan memerlukan 90 peratus kegelapan bilik dan berkeadaan tertutup untuk ia membiak dengan sihat.Salah seorang pengusaha tanaman cendawan tiram kelabu di negeri Terengganu, Wan Hassan Wan Nawang, 48, memberitahu tanaman cendawan memerlukan kelembapan yang mencukupi untuk pertumbuhannya dan tidak memerlukan penjagaan yang sukar."Bagi memastikan tumbuhan itu mendapat kelembapan yang secukupnya saya telah membina rumah cendawan yang dikenali sebagai green house atau rumah hijau."Rumah hijau itu diperbuat daripada daun nipah yang dijadikan atap dan dinding yang berupaya memberi kelembapan secara semula jadi."Selain itu, pekerja-pekerja saya akan menyiram air ke atas lantai sebanyak dua kali sehari bagi melembapkan suhu di dalam rumah hijau itu pada waktu pagi dan tengah hari," katanya ketika ditemui di rumah cendawan miliknya yang terletak di Kampung Bukit Jong, Tepoh, Kuala Nerus, Kuala Terengganu.Wan Hassan yang dibantu anak lelaki sulungnya, Wan Hafizi Wan Hassan, 24, mengusahakan projek tanaman tersebut sejak Oktober tahun lalu bersama 20 pekerja lain.KERJA-KERJA memasukkan penutup dilakukan secara manual bagi memastikan silinder serbuk kayu mampat dan kemas.Bekerja di rumah cendawan Wan Hassan, beliau mempunyai pantang larang tambahan yang mungkin kedengarannya agak pelik.Jika di tempat kerja lain, memakai pewangi digalakkan semasa bertugas tetapi di rumah hijau cendawan Wan Hassan mengharamkan pekerja-pekerjanya daripada merokok dan memakai bau-bauan.Peraturan itu penting bagi mengelakkan implikasi yang tidak diingini kepada tumbuhan itu kerana ia amat sensitif kepada unsur-unsur tersebut."Cendawan tidak boleh terdedah dengan asap atau bau-bauan yang terlalu kuat. Ini akan menjejaskan pertumbuhan dan kualitinya. Saya amat menitikberatkan mutu produk yang dihasilkan," katanya.Wan Hassan sekarang memiliki tiga buah rumah cendawan seluas 20 x 80 kaki setiap satu. Ia berupaya memuatkan 30,000 bongkah kayu cendawan pada satu-satu masa.Lelaki ini memulakan projek tanaman itu setelah mengikuti kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian Negeri Terengganu dan Jabatan Pertanian Muar, Johor yang banyak memberi bimbingan dan nasihat kepadanya tentang projek tanaman itu.Sebelum cendawan mengeluarkan hasilnya, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah membuat bongkah yang merupakan tempat di mana tumbuhan itu akan dibiakkan.Kerja-kerja membuat bongkah dilakukan oleh lapan orang pekerja Wan Hassan yang bermula daripada memasukkan habuk kayu getah atau dedak padi halus yang dicampurkan dengan kapur pertanian ke dalam mesin adunan khas sehingga sebati.WAN HASSAN WAN NANG menunjukkan rumah cendawan yang menggunakan daun nipah untuk memastikan suhu dingin.Wan Hassan berkata, adunan tersebut akan dimasukkan ke dalam bungkusan plastik yang disediakan dengan anggaran berat satu kilogram bagi setiap satu bungkus bongkah."Kemudian, bongkah-bongkah tersebut akan ditutup dengan penutup khas agar ia tidak dicemari bakteria-bakteria dari persekitaran luar."Bongkah-bongkah kayu tersebut perlu berada dalam keadaan sederhana lembap yang terdiri daripada campuran air bagi menggalakkan pertumbuhan cendawan," katanya.Setiap hari sebanyak 1,000 unit bongkah dapat dihasilkan sebelum dimasukkan ke dalam mesin pengewap bagi menghapuskan bakteria yang terdapat pada bongkah-bongkah tersebut."Mesin pengewap itu mampu mensterilkan 1,000 unit bongkah kayu sehari untuk tempoh lapan jam sebelum ia dibiarkan selama 48 jam di luar."Selepas tamat tempoh tersebut, bongkah-bongkah kayu itu akan diberi suntikan benih dengan anggaran satu sudu besar benih cendawan kulat tiram kelabu melalui penutup khas yang akan dibuka seketika untuk tujuan itu," katanya.Jelas beliau yang memperoleh benih cendawan dari Johor dan Selangor, kerja-kerja suntikan itu akan dilakukan oleh seorang pekerja mahir."Ini kerana kerja-kerja suntikan adalah tugasan yang paling penting dan perlu dijaga rapi kerana pada peringkat ini aspek kebersihan amat dititikberatkan dan kecuaiannya boleh menyebabkan penghasilan benih yang kurang baik."Oleh itu, pekerja tersebut perlu sentiasa berkeadaan bersih dan memakai uniform khas. Sekiranya dia keluar dari bilik suntikan itu, dia dikehendaki memakai pakaian lain. Bilik suntikan juga perlu bersih," katanya yang mengakui proses menjaga cendawan bagaikan menatang minyak yang penuh.Kemudiannya, setelah selesai tugasan menyuntik itu, cendawan-cendawan itu akan dibawa masuk ke dalam rumah hijau dan diletakkan di atas rak-rak yang ditetapkan. Seorang pekerja akan mencatat rekod seperti tarikh masuk dan tempoh bila ia akan dibuka.Cendawan kulat tiram kelabu akan mengeluarkan hasilnya yang pertama pada hari ke-50 dan ke-60 iaitu apabila penutupnya boleh dibuka dan hasilnya dapat dipungut.Seterusnya, penutup tersebut akan ditutup semula dalam tempoh seminggu sebelum ia dibuka semula bagi mendapatkan hasil yang seterusnya
Posted by CSL AGRO FARM at 10:34 PM 0 comments
Gigih tanam cendawan
Saleha Mohamed (kanan) bersama pembantunya memungut hasil cendawan di ladangnya di Rawang, Selangor.
PEPATAH yang berbunyi ‘seperti cendawan tumbuh selepas hujan’, seakan-akan menjelaskan apa yang berlaku pada masa ini iaitu ramai individu mengusahakan tanaman cendawan tiram kelabu selepas kerajaan khususnya Jabatan Pertanian berusaha mempromosi tanaman tersebut.
Senario tersebut didorong oleh faktor permintaan yang kian meningkat serta mempunyai potensi pasaran tempatan dan antarabangsa yang begitu memberangsangkan terhadap cendawan spesies berkenaan.
Dia yang berasal dari Kelantan, menjelaskan bahawa penglibatannya dalam penanaman cendawan itu disebabkan minat berniaga dan juga keperluan untuk memenuhi permintaan pasaran.
Berbekalkan semangat yang berkobar-kobar dan modal sebanyak RM20,000, dia bersama-sama Norliza telah memulakan pengusahaan tersebut sejak tiga bulan lalu.
Menurutnya lagi, dua buah lot rumah kedai itu yang mempunyai keluasan 20 kaki x 80 kaki tiap satu mampu menempatkan sebanyak 20,000 beg yang ditempatkan di atas rak yang disusun rapi.
Jelasnya lagi, secara purata, hasil tersebut merupakan cendawan yang dihasilkan daripada 1,000 beg yang sudah sampai tempoh matang.
Dalam pada itu, Saleha turut menerangkan bagaimana proses tanaman cendawan tiram kelabu dilakukan.
Seterusnya , kesemua bahan itu perlu digaul dan dicampur dengan air sebelum dimasukkan ke dalam beg plastik khas.
‘‘Selepas itu, beg plastik tersebut akan disuntik dengan benih cendawan dan diperam selama dua bulan.
Selepas tempoh dua bulan, tutup beg plastik tersebut akan dibuka dan kemudian benih yang asal itu akan dibuang tetapi beg tersebut ditutup kembali dalam tempoh 10 hari.
Tambahnya, selepas 10 hari benih tersebut dibersihkan, tutup beg tersebut akan ditanggalkan dan setiap beg akan mula mengeluarkan hasil selepas empat ke lima hari benihnya dibuang.
Hasil yang dihasilkan itu kemudiannya sudah boleh dipetik dan dibungkus untuk dipasarkan.
Buat masa ini, Saleha membekalkan cendawan-cendawannya kepada para peruncit dan pembekal cendawan kecil-kecilan di sekitar Rawang.
‘‘Bagi mendapatkan hasil yang baik, soal kebersihan perlu diutamakan. Ini kerana persekitaran yang kotor akan mempengaruhi udara, sekali gus akan mendatangkan penyakit kepada cendawan.
Tambah Saleha, bagi menangani perkara ini, persekitaran hendaklah dijaga dengan rapi. Semburan racun serangga perosak dilakukan dengan berhati-hati agar beg cendawan tidak terdedah kepada semburan ini.
Pada masa yang sama, Saleha turut memberitahu bahawa benih yang baik juga menjadi salah satu faktor yang mampu mempengaruhi produktiviti.
Posted by CSL AGRO FARM at 9:54 PM 0 comments
Tuesday, August 5, 2008
Perkembangan Cendawan Hari ke-13 & Ternakan Cacing Hari ke-17
Perkembangan cendawan tiram aku so far takda masalah, dah nak dkt separuh putih dah aku nampak. Tapi cendawan aku kat selayang aku letak megering tak tau la mcm mana perkembangan dia nanti. Yg dkt Kelana Jaya aku cuma ambil 2 bongkah cendawan je, so far okey la nampak perjalanan dia dgn baik. Aku tak dpt nak upload gambar pasal camera yg selalu aku ambil gambar cendawan tue auntie aku bawak pegi Sabah.
Perkembang ternakan cacing kompos aku, so far dah ada 3 bekas alhamdulilah. Masa aku ayak medium hari tue aku perasan ada 3 ke 4 ekor cacing yg terlepas hehehe nasib baik hidup lagi. Masa ayak tue pun aku nampak byk kokon2 cacing yg belum menetas lagi. Tapi lepas ayak aku tgk baja yg aku hasilkan sungguh menarik, tue baru sekali ayak belum lagi 2 kali, kalau 2 kali mesti lagi halus n cantek. Tapi risau gak pasal mcm aku nak ambik media tue aku nampak banyak serangga2 putih yg merayau dalam medium cacing.
Lagi satu yg aku musykil sgt skrg nie pasal E.M. Aku tgk E.M nie memainkan peranan penting dalam penanaman cendawan tiram dgn ternakan cacing. Aku pun tak tau apa E.M nie sebenarnya fungsinya. Aku rasa aku kena kaji pasal E.M nie dgn lebih mendalam lagi kot hahahaha.
Okey la kita sambung dimasa lain aku malas dah nak type nie penat hahaha...
Posted by CSL AGRO FARM at 7:27 PM 0 comments
Saturday, August 2, 2008
Perkembangan cedawan selama 7 hari....
Dalam masa 7 hari je perkembangan cendawan aku berjalan dgn lancar sekali :). So apa mcm boleh tak aku buat hehehehe......
Posted by CSL AGRO FARM at 6:57 PM 0 comments
Perkembangan cacing plak.........
Ini la bekas ternakan cacing aku dalam 1kg je huhuhu, al-maklum le baru nak berjinak2 dgn cacing yg paling aku geli nie hahahaha. Aku ambik sekali gambar cacing n kokon aku nie so korang tgk la bertapa bejayanya aku ternakan cacing dgn bekas toyogo je hahaha tanpa pakai plastik hitam. Adakah susah tuan2 n puan2 takda la susah sgt cuma kena pandai skit je takyah byk2 nak pandai hahahaha :)
Posted by CSL AGRO FARM at 6:40 PM 0 comments
Permulaan Cendawan Tiram Kelabu
Ini la hasilnya 100 ratus bongkah cendawan yg telah siap dibuat menunggu masa utk di kukus. Punya la penat nak buat 100 bongkah nie dgn cara menual, aku rasa dalam 2jam kot baru siap semuanya. Tapi rasa puas gak tgk bila dah siap semua nie hahahahaha.
Dah siap semua aku dgn pakngah aku susun dalam tong drum. Kena tunggu 8 jam baru bleh di suntik dgn benih cendawan isk isk isk lamanya....
Posted by CSL AGRO FARM at 6:30 PM 0 comments