Wednesday, July 30, 2008

Perkembang Cendawan

Punya la syok bila bangun je pagi aku tgk 2 bongkah cendawan telah menampakkan hasil.

Monday, July 28, 2008

Perkembangan cacing dan cendawan hari ke 9

Hari nie dah masuk hari ke 9 aku ternak cacing 1 kg. Bila aku check so far takda la problem dia cuma mcm ada serangga kecil2 sahaja yg nampak tapi risau gak takda EM......Bila aku tgk ternakankan cacing nie takda la problem sgt cuma kena medium yg betul2 je baru leh cacing masuk :).. Tapi seronok gak aku tgk bila nampak anak cacing kecil2 nie mcm dah menetas je dalam medium aku hehehe :P seronoknya....Projek cendawan aku dah masuk hari ke 5....so far cendawan aku okey je aku tgk....Tapi aku rasa tak puas ati je time gaul habuk kayu dgn dedak mcm aku terletak byk air je entah jadi ke tak takpe la aku test je dulu... hehehehe :P... Aku ada ambik gambar tapi belum sempat lagi nak letak dalam blog nie. Tapi takpe nanti aku letak bila aku rasa ada masa okey...

Sekian terima kasih jumpa lagi

Bola Sepak Malaysia

Assalammualaikum semua.....aku terasa macam nak type je sesuatu dalam blog ni pasal bola sepak malaysia vs chelsea. Kenapa rakyat kita ni terlalu mengagungkan bola sepak barat? Adakah kerana bola sepak diEropah sungguh bagus untuk rakyat malaysia meyokong pasukan kesukaan meraka separti Manchester United. Liverpool, Chelsea, Arsenal, Real Madrid, Barcelona dll. Kenapa kita di Malaysia tidak dapat meyokong pasukan didalam liga kita sendiri macam mana kita fanatik meyokong kelab-kelab berkenaan. Aku akan kasi punca-punca kenapa pasukan malaysia tidak sehebat tahun 70an dan 80an dulu. Punca dia kerana rakyat malaysia nie terlalu taksub dgn negara barat yg tak seberapa hebat sgt cuma digembar gemburkan sahaja dimedia antarabangsaa....Ini kerana selepas zaman bola sepak malaysia dikejutkan dgn rasuah bola sepak negara kita mcm tak bermaya dgn bola sepak. Aku ingat lagi zaman aku sekolah pada waktu tue zaman 80an dan 90an setiap kalu piala malaysia tak kira la mcm mana pun stadium sentiasa penuh punya la best zaman tue tak mcm zaman sekarang, aku terasa amat sedih sgt bila aku tgk bola sepak kita sekarang nie. Aku tak salahkan pemain, ini kerana rakyat malaysia sendiri yg membuat bola sepak kita merudum sampai tak boleh bangun. Kenapa aku cakap mcm itu, cuba bayangkan kalau di England kita tgk rakyat meraka walaupun kelab meraka tercorot pun meraka tetap sokong. Kenapa rakyat kita tidak boleh buat mcm tue, teruk sgt ke diorg main bola sampai rakyat malaysia taknak sokong bola sepak malaysia. Kalaulah rakyat kita sokong mcm mana bola sepak diEngland aku rasa player kita ada semangat balik mcm zaman2 80an dan 90an dulu silap2 kita akan jadi kuasa bola sepak asia tak mustahil. Nak kata player kita takda skill pun aku tgk player kita takda kurang hebatnya. Kita tgk piala sultan selangor hari tue time safee sali score gol, gol tue antara gol tercantik didunia. Kanapa kita tidak boleh sokong bola sepak malaysia, apa masalahnya? Kita nie terlalu byk disogokan dgn perlawanan bola sepak EPL sampai taknak sokong bola sepak sendiri huh! sedih sgt aku tgk skrg nie. Kita bola sokong tapi berpada2 laa jgn la terlalu fanatik sgt. Aku nie pun sokong pasukan EPL gak tapi takda la sgt fanatik. Kalau nak bola sepak kita meriah balik mcm dulu satu je cara dia, tapi cara nie memang merugikan astro la. Cara dia kita banned EPL di astro dan tunjukan perlawan ulangan sahaja. Aku rasa dgn cara ini stadium kita akan penuh balik mcm dulu....Tak percaya try la :) sekian terima kasih nanti kita jumpa lagi pasal bola sepak malaysia nie.....

FATWA TERNAKAN CACING




Fatwa ternak cacing
SUMBER: BERITA HARIAN (17/Julai/2008)Penternakan haiwan eksotik seperti lintah dibenarkan: Majlis FatwaNILAI: Kegiatan penternakan haiwan eksotik seperti lintah dan cacing yang semakin mendapat sambutan ramai dibenarkan mengikut syarak, kata Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin.Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas pihaknya mendapat kerjasama pelbagai pihak termasuk pakar haiwan bagi menjalankan kajian berhubung perkara berkenaan bagi mengelak kekeliruan di kalangan masyarakat. "Selepas diteliti, jelas sekali perniagaan dan kegiatan penternakan haiwan seperti lintah dan cacing ini dibolehkan. lima angka ekoran permintaan semakin tinggi bagi menjadikannya baja organik, pemusnah sampah organik, bahan campuran dalam makanan ternakan dan pembuatan kosmetik."Umat Islam yang berhasrat menceburi bidang ini boleh teruskan hasrat mereka kerana daripada segi pemakanan haiwan itu juga tidak meragukan, malah penggunaannya untuk menghasilkan kosmetik juga didapati tidak timbul sebarang masalah," katanya ketika ditemui Berita Harian, di sini, baru-baru ini.Selain menghasilkan baja kompos, cacing mempunyai protein yang boleh digunakan dalam perubatan dan kosmetik.Wujud 1,800 spesies cacing, tetapi lima yang mudah ditemui adalah cacing merah (red worm); cacing harimau (tiger worm); cacing biru (blue worm) dan cacing malam (African night crawler). Harganya mampu cecah RM600 sekilogram selepas tempoh matang empat bulan.Bagi lintah pula, ia makin popular digunakan sebagai bahan asal produk untuk kesihatan lelaki, wanita, kosmetik, pertanian dan ekstrak. Di Eropah, lintah digunakan untuk menghisap darah toksik seperti berbekam untuk menyedut darah kotor. Di Jepun teknik ini dipanggil Hirudo.Air liur lintah mengandungi bahan bius, antipembekuan darah dan antibiotik. Lintah juga mempunyai bakteria yang dinamakan aeromonan hydrophila untuk mencerna darah dan menghasilkan bahan antibiotik untuk membunuh bakteria lain yang menyebabkan pembekuan.Rawatan lintah boleh menormalkan dan membaik pulih kitaran kapilari, kesan antiinflamasi yang cepat dan melegakan tekanan.Abdul Shukor berkata, Majlis Fatwa mula menjalankan kajian selepas ramai umat Islam mengemukakan soalan berhubung perkara itu berikutan pasaran dan kegiatan pemeliharaan dan perniagaan haiwan eksotik itu semakin berkembang kebelakangan ini."Majlis Fatwa berpendapat, dalam sesetengah perkara perlu bersikap positif kerana jika memandang serong kegiatan seumpama ini, umat Islam juga akhirnya akan rugi," katanya.